top of page

PETA JOINT OPERATIONS GRAPHIC-AIR (JOGs) BERSKALA 1:250 000

Updated: 13 Mac

MESYUARAT PENYELARASAN SPESIFIKASI PETA JOINT OPERATIONS GRAPHIC-AIR (JOGs) SKALA 1: 250 000


Peta Joint Operations Graphic-Air (JOGs) merupakan salah satu carta udara yang digunakan oleh agensi keselamatan dan ketenteraan bagi membantu juruterbang dalam memandu arah pesawat. Selaras dengan keperluan kepada carta sebegini, JUPEM mengorak langkah untuk menerbitkan peta JOGs melalui pelaksanaan projek Geospatial Data Acquisition System (GDAS).



Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 14 Februari 2024 bagi melaksanakan hubungan kerjasama ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli@Mahmood, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dan telah dihadiri oleh wakil daripada 12 agensi keselamatan dan infrastruktur antaranya Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Markas Pemerintahan Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sarawak Energy Berhad (SEB), Bahagian Operasi dan Latihan (BOLP), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) dan Kementerian Pertahanan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Informasi:

Peta Joint Operations Graphic-Air (JOGs) merupakan salah satu carta udara yang digunakan oleh agensi keselamatan dan ketenteraan bagi membantu juruterbang dalam memandu arah pesawat.




Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), JUPEM














103 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Invitado
19 feb
Obtuvo 5 de 5 estrellas.

Terbaik

Me gusta

Invitado
19 feb

Mantappp, 250k pulak

Me gusta
bottom of page