PIHAK PENGURUSAN DAN KAKITANGAN BERDIALOG MELALUI LIBAT URUS
- NORITA BT ATEK (JUPEM-BPTSWK)
- 8 Mei 2024
- 1 min membaca
๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง ๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ง๐ข๐ฃ๐ข๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐
๐ฎ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ ๐ ๐๐จ๐๐๐๐ก๐, ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐

Sesi Libat Urus Pengarah Ukur Bahagian dan Pegawai Pengurusan Jabatan bersama kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPT Swk) yang disempurnakan dan disampaikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak Lsr Sylvester Luta Buli telah diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memberikan penerangan kepada semua kakitangan berkaitan isu-isu semasa Jabatan dan JUPEM, antaranya ialah berkaitan hala tuju JUPEM / BPT Swk, hal-hal kewangan dan pentadbiran.



Selain daripada itu, sesi ini juga diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Jabatan berinteraksi (sesi dialog) secara langsung dengan pihak Pengurusan Jabatan bagi mengemukakan cadangan atau persoalan yang berbangkit.


Semoga semua kakitangan Jabatan tidak mengira pangkat mendapat penerangan dengan jelas berkenaan dengan perkongsian maklumat daripada sesi tersebut bagi memperbaiki mutu perkhidmatan untuk berkhidmat dengan lebih proaktif dan efisien demi masa depan Jabatan dan negara.


Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak
Comments