PRA MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PENYELIDIKAN GEOINFORMASI/GEOMATIK KEBANGSAAN (JTPGGK) BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN 1 (TKPUP 1) | 10 OGOS 2024
Pra Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) telah diadakan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka dengan dipengerusikan YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, merangkap Pengerusi JTPGKK dan Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) sebagai Setiausaha dan Urus Setia JTPGGK.
Tujuan utama Pra Mesyuarat ini adalah untuk menjemput Jabatan/Agensi yang terlibat untuk berkongsi idea mengenai projek/penyelidikan yang diperlukan agar menepati kehendak pemegang taruh. Pra Mesyuarat JTPGGK ini telah dihadiri oleh Pengerusi/wakil Pengerusi tiga (3) Working Group di bawah JTPGKK iaitu WG 1: Geospatial Science and Technology - Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, WG 2: Urban – PLANMalaysia, dan WG 4: Natural Resource Management - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Jabatan/Agensi lain yang turut hadir termasuklah wakil daripada Bahagian Kadaster, Bahagian Pemetaan Utilti, Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PeGIS), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan PerakGIS.
Melalui Pra Mesyuarat ini, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah makluman pertukaran Pengerusi dan Urus Setia JTPGGK, pengenalan kepada JTPGGK termasuklah memperhalusi semula peranan, objektif dan terma rujukan JTPGGK, cadangan ahli baharu, isu berkaitan dana penyelidikan dan sebagainya. Perkara-perkara yang dibincangkan pada sesi Pra Mesyuarat ini dan mesyuarat pada peringkat WG akan dibawa untuk perhatian ahli JTPGGK pada mesyuarat yang akan diadakan bulan September 2024.
Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara, JUPEM
Comentarios