top of page

FAMILIARISASI TEKNOLOGI GNSS DI EMPAT BUAH NEGERI

PROGRAM FAMILIARISASI ALAT PENERIMA GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS) UNTUK JUPEM JOHOR, JUPEM MELAKA, JUPEM NEGERI SEMBILAN DAN JUPEM SELANGOR | 5-7 FEBRUARI 2024



Program Familiarisasi Alat Penerima Global Navigation Satellite System (GNSS) telah berlangsung pada 5-7 Februari 2024, bertempat di iBIS Melaka Hotel, Melaka. Program ini dihadiri oleh seramai 22 orang peserta dari JUPEM Negeri di Zon Tengah iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor yang terdiri daripada pencerap dan pemproses data GNSS dari setiap Pejabat Ukur Daerah.


Program Familiarisasi Alat Penerima GNSS ini bertujuan untuk memberikan latihan berkaitan penggunaan peralatan dan perisian yang dibekalkan kepada pengguna Jabatan khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kutipan data di lapangan dan pemprosesan data GNSS di pejabat.


Turut hadir ialah Sr. Haji Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) beserta Ketua Penolong Pegarah Ukur (Seksyen Naziran Kadaster) dan pegawai-pegawai lain.



Ingormasi : Global Navigation Satellite System (GNSS) adalah sistem penentududukan satelit sejagat yang ditawarkan oleh pelbagai negara seperti Global Positioning System (GPS) oleh Amerika Syarikat, Global'naya Navigatsionnaya Sputnikovaya Sistema (GLONASS) oleh Rusia, BeiDou oleh China, dan Galileo oleh Kesatuan Eropah.


Sumber : Bahagian Kadaster (BK), JUPEM

322 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page