top of page

PROJEK PEMETAAN BAHASA SUKUAN SARAWAK

DEWAN BAHASA PUSTAKA (DBP) SARAWAK KUNJUNGI JUPEM SARAWAK (BPTSWK)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke JUPEM pada 10 September 2024 yang lalu. Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak bertempat di Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar, Sarawak. Kehadiran rombongan disambut oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, LSr Sylvester Luta Buli, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial dan Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data Topografi.


Kunjungan rombongan daripada DBP diketuai oleh Pengarah DBP, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai bersama 9 pegawai dari pelbagai jawatan antaranya teridiri daripada Timbalan Pengarah I, Timbalan Pengarah II, Penolong Pengarah dan Perancang Bahasa. Turut hadir bersama ialah Penyelidik Utama/Pakar Bidang Prof Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dan Timbalan Pengarah UKM.

Selain daripada membincangkan projek pemetaan bahasa-bahasa sukuan Sarawak, kunjungan ini juga bertujuan memaklumkan contoh hasil kajian yang telah dilaksanakan kepada BPTSwk. Program tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan sesi fotografi.

Semoga kerjasama yang lebih padu dan persepakatan dapat dicapai pada masa akan datang.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak

13 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page