top of page

PROOF OF CONCEPT (POC) @ JUPEM PERLIS

PENGUASAAN KONSEP PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA TOPOGRAFI SECARA DALAM TALIAN BAGI NEGERI PERLIS | 16 - 18 JULAI 2024


Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) dengan kerjasama JUPEM Perlis, telah menjalankan kajian secara Proof of Concept pengemaskinian pangkalan data topografi secara web base dengan menggunakan Aplikasi Perlis Online Editor dan ArcGIS Field Maps menerusi platform Malaysia Geospatial Data Services (MyGeoServe). Kajian ini melibatkan 15 orang pegawai JUPEM Perlis dan 3 orang pegawai daripada BPDGN.

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan aplikasi Perlis Online Editor dan ArcGIS Field Maps yang dibangunkan secara dalaman oleh BPDGN bagi mengemaskini maklumat topografi secara dua hala antara JUPEM Negeri (Pejabat dan verifikasi di lapangan) dengan Ibu Pejabat (BPDGN). Aplikasi Perlis Online Editor merupakan aplikasi versi web desktop bagi kerja-kerja pengemaskinian data di pejabat manakala bagi verifikasi dan pengemaskinian data di lapangan pula menggunakan aplikasi versi mobile iaitu ArcGIS Field Maps. Penggunaan aplikasi secara web base ini sekaligus dapat mewujudkan pangkalan data topografi yang lengkap, seamless dan berintegriti.


Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) JUPEM








246 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page