top of page
afiqahhisham

RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA

Updated: 7 Feb

PROGRAM INTEGRITI DAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) DI JUPEM PAHANG | 23 JANUARI 2024


Pada 23 Januari 2024, JUPEM Pahang telah menganjurkan Program Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Tingkat 3, JUPEM Pahang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang yang telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JUPEM Pahang bersama-sama empat orang pegawai daripada SPRM.



Taklimat Program Integriti dan Pencegahan Rasuah disampaikan oleh KPKPs Mohamad bin Hussain, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Pahang. Dalam taklimat ini, beliau telah membuat perkongsian mengenai situasi yang dikategorikan sebagai kesalahan rasuah dan senario rasuah dalam organisasi agar setiap pegawai dan kakitangan cakna serta tidak terlibat dengan kegiatan rasuah.



Majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Hazimin Masran bin Ibrahim dan disusuli dengan acara menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang bersama-sama PPJ Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Pahang. Turut hadir dalam malis tersebut ialah Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang.



Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pegawai dan kakitangan JUPEM Pahang agar bebas daripada sebarang gejala rasuah.




  • Informasi : Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut. Sumber: Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

 

Sumber : JUPEM Pahang



43 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page