top of page

RASUAH ITU SATU JENAYAH

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇: “𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐖𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍” 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 (𝐈𝐁𝐑) 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 12 JUN 2024

Program Ceramah Antirasuah: “Rasuah, Salah Guna Kuasa & Penyelewengan” dan Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah diadakan pada 12 Jun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat BPTSabah, Tingkat 3, Bangunan KWSP. Program yang diadakan buat julung kalinya ini adalah anjuran JUPEM Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah.


Program ini telah dihadiri oleh YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), Sr Hilman Bin Rasyed (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), PPj Puan Aini Binti Awang Muda (Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Negeri Sabah), Pengarah-Pengarah Ukur Seksyen, Penolong-Penolong Pengarah Ukur, Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Unit dari Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan penyertaan secara bersemuka. Turut hadir ke program secara dalam talian adalah kakitangan-kakitangan daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah serta warga kerja Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan penyertaan sehingga 150 orang.


Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku diikuti sesi bacaan doa yang dipimpin oleh En Tailan Bin Manang (Penolong Juruukur). Program kemudian diteruskan dengan ucapan aluan daripada YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dan sesi ceramah Ceramah Antirasuah: “Rasuah, Salah Guna Kuasa & Penyelewengan” yang telah disampaikan oleh PPj Puan Aini Binti Awang Muda (Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Sabah).


Program kemudian diteruskan dengan Sesi Lafaz dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan pegawai-pegawai Bahagian Pemetaan Topografi Sabah seramai 26 orang dengan disaksikan oleh PPj Puan Aini Binti Awang Muda (Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Sabah) sebagai simbolik usaha sama kedua-dua agensi dalam memerangi jenayah rasuah. Program diakhiri dengan Sesi Tandatangan & Penyerahan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bahagian Pemetaan Topografi Sabah yang disempurnakan oleh YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) kepada (Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Sabah).


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah diatas kesudian menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Diharapkan dengan inisiatif-inisiatif seperti ini dapat memastikan seluruh warga kerja Bahagian Pemetaan Topografi Sabah menjadi lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah sepanjang tempoh bertugas.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

16 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
bottom of page