𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 (𝐑𝐈𝐒𝐌) 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇| 19 OGOS 2024
Satu lawatan teknikal daripada Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Johor ke Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, BPTSabah.
Lawatan teknikal ini telah diketuai oleh Sr Tan Pei Ling, Pengerusi RISM Cawangan Johor bersama 10 ahli yang lain terdiri daripada Jurukur Bertauliah, Jurukur Bahan dan Penilai. Lawatan ini diadakan sempena pengisian program "Technical Visit to Kota Kinabalu" oleh RISM Cawangan Johor ke Kota Kinabalu, Sabah.
Delegasi lawatan ini telah disambut oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian bersama pegawai kanan Sr Hidayatul Aishah Ku'on binti Abdullah, Pengarah Ukur Seksyen Penawanan Data. Sesi lawatan teknikal ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian bagi mengalu-alukan kedatangan delegasi lawatan. Seterusnya, sedikit penerangan telah dilakukan oleh Sr Hazman bin Md Jauhar, Penolong Pengarah Ukur bagi menerangkan aktiviti, fungsi Jabatan terutama kerja-kerja dan produk yang dihasilkan di Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.
Sedikit cenderamata telah disampaikan kepada pihak RISM Cawangan Johor yang disampaikan oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian kepada wakil delegasi lawatan Sr Tan Pei Ling, Pengerusi RISM Cawangan Johor.
Diharapkan sesi lawatan ini berupaya meperkukuhkan hubungan dua hala di antara RISM dan BPTSabah serta turut menekankan perkongsian maklumat berkenaan isu-isu semasa di dalam bidang ukur dan pemetaan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comments