top of page

Sejauh Mana Perkembangan Teknologi Geospatial Dapat Membantu Mengatasi Isu-isu Institusi

Updated: 25 Jun



MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DASAR DAN ISU-ISU INSTITUSI (JTDII) BILANGAN 1 TAHUN 2024 | 19 Jun 2024


Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-Isu Institusi (JTDII) Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 19 Jun 2024 bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM selaku Pengerusi JTDII. Turut hadir juga adalah Sr Lam Chee Siong, Ketua Penolong Pengarah Ukur, BDPP, JUPEM selaku setiausaha JTDII.


Mesyuarat JTDII Bilangan 1 Tahun 2024 pada kali ini telah dihadiri seramai 26 ahli mesyuarat yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan dan institusi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Pusat Geospatial Negara (PGN), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).


Ahli-ahli mesyuarat yang hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-isu Institusi (JTDII) Bilangan 1 Tahun 2024


Semasa mesyuarat tersebut, terdapat dua sesi pembentangan disampaikan oleh Sr Lam Chee Siong selaku setiausaha JTDII iaitu:-

i.  Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 1 Tahun 2024 – Garis Panduan Bagi Penerbangan Unmanned Aircraft System (UAS) Untuk Aktiviti Citraan Bawaan Udara; dan

ii.  Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 2 Tahun 2024 – Garis Panduan Pengoperasian Unmanned Aircraft System (UAS) Untuk Menyokong Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).


Terdapat beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Antaranya berkaitan status pembangunan geodatabase bagi kawasan Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (SPKLTL), permohonan permit Unmanned Aircraft System (UAS), UAS Traffic Management System (UAS TM), Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 – Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat dan sebagainya.


Keperluan latihan atau bengkel secara fizikal mahu pun atas talian dalam menambah kesedaran terhadap penggunaan drone. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi yang berkaitan dengan geospatial boleh dikongsi bersama urus setia dalam program outreach untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan datang.



Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

 

24 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page