MAJLIS KESYUKURAN DAN BINGKISAN KASIH, SANJUNGAN BUDI BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SEMENANJUNG | 13 MEI 2024
Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Bingkisan Kasih, Sanjungan Budi BPTSM bagi tahun 2024 pada 13 Mei 2024 yang lalu.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan rasa kesyukuran sempena keberangkatan Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli@Mahmood, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) yang akan berangkat menunaikan ibadah haji ke tanah suci bagi 1445 Hijrah serta meraikan pesara yang telah bersara sepanjang tahun 2024 setelah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kepada JUPEM. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Sr Marena binti Osman, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dan Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat sebagai jemputan khas.
Penganjuran majlis ini juga diadakan bagi meraikan tiga (3) orang kakitangan BPTSM yang telah bersara pada tahun 2024 iaitu Sr Azmawi bin Abd Rahman yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah Ukur Pejabat Topografi Wilayah Kuantan, Encik Mohd Fadillah bin Yusoff, Penolong Juruukur di Seksyen Pangkalan Data Topografi dan Encik Mazzakir bin Rashid, Pembantu Operasi di Seksyen Tadbir Urus dan Maklumat Geospatial. Majlis ini diakhiri dengan upacara gimik persaraan oleh ketiga-tiga kakitangan tersebut.
Informasi:
Selain itu,majlis ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama warga BPTSM serta merapatkan silaturrahim sesama kakitangan dan antara Seksyen serta Pejabat Topografi Wilayah di Ibu Pejabat.
Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), JUPEM
Comments