PROGRAM BUBUR LAMBUK JUPEM KEDAH | 03 April 2024
JUPEM Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK JUPEM KEDAH) mengedarkan 600 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat dan pengguna jalan raya berdekatan bangunan JUPEM Kedah. Penganjuran pengedaran bubur lambuk ini diadakan setiap tahun di bulan Ramadan.
Program ini dimulakan dengan gotong royong menyediakan bubur lambuk sebanyak dua biji periuk besar oleh kakitangan JUPEM Kedah. Program seperti ini bukan sahaja menyaksikan kerjasama sesama kakitangan JUPEM, malah kepada masyarakat setempat dengan memupuk sifat bersedekah. Selain itu, bantuan kepada Asnaf juga diserahkan pada hari yang sama.
“Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh JUPEM Kedah bagi mengimarahkan bulan Ramadan. Serta program ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat JUPEM untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat, bertepatan dengan elemen kesejahteraan, keyakinan dan ihsan dalam Malaysia Madani,”.
Sumber : JUPEM Kedah
Comentários