top of page

Serahan Peta Topografi Negeri Sabah Siri T738 kepada Batalion 16

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐈𝐎𝐍 𝟏𝟔 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 25 JULAI 2024

Majlis Serah Menyerah Peta Topografi kepada Batalion 16, Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Batalion 16, Papar pada 25 Julai 2024 hari ini. Majlis ini telah diketuai oleh Sr Hilman Bin Rasyed (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dengan diiringi oleh Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial), Sr Hazman Bin Jauhar (Ketua Cawangan Maklumat Geospatial) dan En Ridin Nairing (Ketua Unit Maklumat Geospatial).


Penyerahan ini telah melibatkan sejumlah 830 keping Peta Topografi Negeri Sabah Siri T738 Skala 1:50,000 yang terdiri daripada pelbagai lembar dengan fi yang telah diremit sepenuhnya oleh YBhg Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sepertimana yang dibenarkan dalam perkara 8, Perintah Fi dan Bayaran (Perkhimatan, Data-Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010. Sumbangan ini ditujukan khas kepada Batalion 16, PGA Sabah dengan mengambilkira peranan PGA Sabah yang menggunakan peta-peta tersebut untuk tujuan operasi keselamatan demi kepentingan dan kedaulatan negara.


Dalam sesi majlis pada hari ini, sebanyak 800 keping Peta Topografi Negeri Sabah Siri T378 Skala 1:50,000 telah diserahkan oleh Sr Hilman Bin Rasyed (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) kepada YDH DSP Ricky Juantin (Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 16, PGA Sabah) dengan baki 30 keping lagi peta akan diserahkan secara berperingkat setelah siap cetakan. Selain itu, Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial) turut berkesempatan memberikan sedikit taklimat berkenaan latar belakang Jabatan, produk-produk yang dihasilkan serta perkhidmatan lain yang ditawarkan. Taklimat tersebut telah secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pihak PGA bahawa perkhidmatan yg boleh diberikan oleh JUPEM bukanlah terhad kepada produk peta sahaja.


Diharapkan hubungan diantara kedua Jabatan dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi impak serta manfaaat kepada semua. Bahagian Pemetaan Topografi Sabah juga berharap penyerahan peta topografi ini dapat membantu Batalion 16, PGA Sabah di dalam pelaksanaan operasi keselamatan bagi seluruh negeri Sabah demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dan negeri terjamin.



13 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page