top of page

SPECIAL DISCUSSION FOR THE COMMON BORDER DATUM REFERENCE FRAME (CBDRF) AND JOINT BORDER MAPPING (JBM) PROJECT BETWEEN INDONESIA AND MALAYSIA | 26- 27 NOVEMBER 2024 | KUALA LUMPUR

SPECIAL DISCUSSION FOR THE COMMON BORDER DATUM REFERENCE FRAME (CBDRF) AND JOINT BORDER MAPPING (JBM) PROJECT BETWEEN INDONESIA AND MALAYSIA

26- 27 NOVEMBER 2024 | KUALA LUMPUR


Special Discussion For The Common Border Datum Reference Frame (CBDRF) and Joint Border Mapping (JBM) Project Between Indonesia and Malaysia telah diadakan selama dua (2) hari pada 26 hingga 27 November 2024 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15 dan Bilik Mesyuarat JED, Tingkat 10, Ibu Pejabat JUPEM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Delegasi Indonesia (Badan Informasi Geospasial) yang diketuai oleh Dr. Ing Khafid manakala Delegasi Malaysia diketuai oleh Sr Jamil Faisal Bin Yusoff dan LSr Zuhairy bin Ibrahim.


Mesyuarat ini dibahagikan kepada dua (2) mesyuarat iaitu Joint Border Mapping (JBM) Project Between Indonesia And Malaysia dan Common Border Datum Reference Frame (CBDRF). Mesyuarat JBM diketuai oleh Sr Jamil Faisal Bin Yusoff dari Malaysia dan Mrs. Yudith Octora Sari dari Indonesia manakala Mesyuarat CBDRF diketuai oleh LSr Zuhairy bin Ibrahim dari Malaysia dan Ir Eko Artanto dari Indonesia.


Sekretariat bagi Mesyuarat JBM adalah Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara manakala seketeriat Mesyuarat CBDRF adalah Bahagian Ukur Geodetik. Kedua-dua mesyuarat ini turut dibantu oleh Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan.


Intipati bagi Joint Border Mapping di dalam Special Discussion kali ini adalah berkisar berkenaan penerbitan peta Large Scale Mapping (LSM) skala 1:10,000.

 

Mesyuarat JBM kali ini fokus kepada pembentangan draf 3rd Supplemental of Term of Reference (TOR) yang perlu dirangka supaya mencapai spesifikasi penerbitan peta skala besar.

 

Selain itu, pindaan kepada Field Verification Plot (FVP) bagi peta lembar 40, Sungai Pensiangan/Labang turut dilakukan semasa mesyuarat kali ini.




Bagi Mesyuarat CBDRF pula, mesyuarat membincangkan perancangan kerja pasukan CBDRF bagi tahun 2025. Mesyuarat kali ini fokus membincangkan kerja-kerja utama CBDRF. Antaranya adalah keperluan menambah baik fundamental layer bagi kerja CBDRF dengan menggunakan Continuous Operating Reference Station (CORS).


Mesyuarat turut membincangkan keperluan SOP bagi kerja koordinat transformasi dari ITRF2005@2007.45 ke BT68 ke BRSO. Mesyuarat telah sepakat untuk menghasilkan draf kertas kerja bagi perkara-perkara ini secara bersama dan akan dibentangkan di mesyuarat seterusnya. Pasukan CBDRF berharap usaha sama ini dapat menghasilkan satu kerja yang berkualiti dan bermanfaat untuk kedua-dua negara.


Setelah selesai perbincangan kedua-dua mesyuarat diadakan pada 26 November 2024 (Selasa), Delegasi Malaysia dan Delegasi Indonesia bersama-sama menyediakan minit mesyuarat.

 

Delegasi Indonesia turut dibawa melawat ke Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah pada 27 November 2024. Penerangan berkenaan kegunaan makmal serta peralatan utiliti disempurnakan oleh Pengarah Ukur Seksyen Bahagian Pemetaan Utiliti iaitu Sr Mohd Noor Bin Wagiran. 



Majlis Menandatangani dan Pertukaran Minit Mesyuarat antara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung pada hari kedua; 27 November 2024 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM. Majlis ini disempurnakan oleh Sr Jamil Faisal Bin Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara bersama Mrs. Yudith Octora Sari, Badan Informasi Geospasial Indonesia bagi Mesyuarat JBM.



Penyempurnaan Majlis Menandatangani dan Pertukaran Minit Mesyuarat antara Malaysia dan Indonesia bagi Mesyuarat CBDRF dilakukan oleh LSr Zuhairy bin Ibrahim, Pengarah Ukur Seksyen Bahagian Ukur Geodetik bersama Ir Eko Artanto, Badan Informasi Geospasial Indonesia.



Ucapan Penutup turut disempurnakan oleh Dr. Ing Khafid, Ketua Delegasi Indonesia dan LSr Dr. Shahril Azhari Bin Jumari, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan. Majlis Menandatangani dan Pertukaran Minit Mesyuarat antara Malaysia dan Indonesia diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua belah pihak bagi menghargai kerjasama antara negara Malaysia dan Indonesia. 




Secara keseluruhannya, kedua-dua mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan perbincangan kepada perkara-perkara yang perlu disepakati bersama telah diteliti serta diperhalusi sebelum diangkat ke Mesyuarat JWG yang akan datang.


Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

4 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page