top of page

SPR @ BPDGN, JUPEM

LAWATAN TEKNIKAL SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR) KE BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL DATA NEGARA (BPDGN), JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 19 APRIL 2024


Satu lawatan teknikal daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 15 Wisma JUPEM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 19 April 2024. Lawatan delegasi SPR yang diketuai oleh Encik Mohd Rashidan bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Setiausaha, Ibu Pejabat SPR bersama-sama 13 orang pegawai daripada pejabat SPR negeri. Kedatangan delegasi disambut oleh Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (PDGN), Sr Siti Zainun binti Mohamad yang telah mempengerusikan sesi lawatan ini.



Tujuan lawatan teknikal ini diadakan adalah bagi membincangkan permohonan SPR untuk mendapatkan data spatial terkini daripada JUPEM untuk digunakan dalam Sistem MySPR dalam urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya. Pada masa yang sama, sesi lawatan juga sempat mengunjungi Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS) untuk melihat sendiri bagaimana proses peta PIlihan Raya dihasilkan.



Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM










34 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page