BENGKEL PENGHARMONIAN KERJA PENGUKURAN STRATA 2024 | 26 FEBRUARI 2024
Seksyen Strata / Stratum / Marin (SSM) JUPEM Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pengharmonian Kerja Pengukuran Strata pada 26 Februari 2024 bertempat di JUPEM Negeri Sembilan.
Bengkel strata ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Khairul Nizam bin Abd Aziz dan telah disertai oleh 53 orang peserta yang terdiri daripada wakil Juruukur Tanah Berlesen (JTB) dan kakitangan JUPEM Negeri Sembilan.
Bengkel ini bertujuan memberi informasi teknikal berkaitan kaedah dan semakan kerja bagi mengurangkan kuiri kerja-kerja pengukuran strata dan meningkatkan kefahaman kepada JTB dalam kerja-kerja memproses data strata daripada Peringkat 1 - Kelulusan CPSP sehingga ke Peringkat 2 - Hakmilik Strata PA(B) serta memberi peluang kepada JTB untuk berinteraksi secara dua hala dalam menyelesaikan isu teknikal berkaitan kerja pengukuran strata.
Bengkel ini terbahagi kepada tiga modul iaitu modul pertama adalah Prosedur Semakan dan Permasalahan Kerja Strata yang disampaikan oleh YM Encik Raja Mohd Zaki bin Raja Deraman, modul ke dua adalah Prosedur Semakan Strata XML yang disampaikan oleh Puan Siti Aminah binti Angsar dan Puan Roselaili binti Jali serta modul terakhir adalah berkaitan Isu-Isu Yang Melibatkan Pembangunan Strata serta Resolusi Strata 2023 yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Sr Kamarol Azmil bin Adzhan dari Bahagian Kadaster, Ibu Pejabat JUPEM.
Majlis penutup diserikan dengan penyampaian cenderamata kepada Sr Kamarol Azmil bin Adzhan dan penyampaian sijil kepada peserta Bengkel Pengharmonian Pengukuran Strata 2024.
Lain-lain gambar berkaitan:
Sumber: JUPEM Negeri Sembilan
Comments