top of page

SUK KEDAH KE JUPEM

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐒𝐏𝐀𝐓𝐈𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐁𝐆𝐒𝐏), 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌) | 22 JANUARI 2024


YBrs. Dr. Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Bencana Negeri Kedah yang terdiri daripada 19 orang pegawai SUK Negeri Kedah, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan lawatan ke Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM pada 22 Januari 2024. Kedatangan deligasi telah disambut oleh Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).



Lawatan dimulakan dengan meninjau pameran aset Unmanned Aircraft Vehicles (UAV) milik BGSP di foyer Bangunan CAMS dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai peranan dan tugas BGSP dalam pengurusan bencana di peringkat nasional serta penggunaan platform Defence Geospatial Information Management (DGIM) di peringkat NADMA dan agensi-agensi pengurusan bencana yang telah disampaikan oleh Kolonel Gs Norazlin binti Pamuji, Timbalan Pengarah BGSP.


BGSP melihat lawatan ini sebagai satu peluang jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan SUK Negeri Kedah dalam mencapai Whole of Government Whole of Society (WoGoS). Perbincangan yang berkonsepkan dua hala tersebut mendorong pihak SUK Negeri Kedah turut memberikan idea dalam membuahkan titik persamaan di antara dua agensi dalam menguruskan bencana di peringkat Negeri Kedah.


Aktiviti yang telah dilaksanakan ini sejajar dengan Teras Kedua Pelan Strategik JUPEM 2021-2025 iaitu Memantapkan Perkhidmatan Geospatial Pertahanan Yang Mendukung Dasar Keselamatan Dan Kedaulatan Negara serta menjadi salah satu usaha BGSP untuk mendukung Nilai Teras Keempat Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Tadbir Urus Yang Baik (Pengurusan Teknologi Geo-Dataraya).




Sumber : Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM




578 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

1 則留言

評等為 0(最高為 5 顆星)。
暫無評等

新增評等
訪客
1月26日
評等為 5(最高為 5 顆星)。

org utara mai KL...

按讚
bottom of page