๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐-๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก-๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ (๐๐๐๐๐-๐๐) | ๐๐-๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ, ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค
Mesyuarat Ke-12 Pengarah-Pengarah Projek Bersama bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat Antarabangsa antara Malaysia dan Brunei Darussalam (MBCPD-12) merupakan mesyuarat berjadual dan telah diadakan pada 23-25 April 2024 di Bintulu, Sarawak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sr Sylvester Luta Buli, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak yang juga selaku Pengarah Projek Bersama (CPD) Malaysia (selaku tuan rumah) dan Tuan Abdul Malik bin Haji Abdul Hamid, Juruukur Kanan, Jabatan Ukur Brunei Darussalam selaku Pengarah Projek Bersama (CPD) Brunei Darussalam.
Bagi delegasi Malaysia, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Residen Miri dan Limbang, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak, Tentera Darat Malaysia (ATM). Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh wakil Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak dan Jabatan Hutan Negeri Sarawak. Mesyuarat tersebut antara lain turut membentangkan Laporan ๐ถโ๐๐๐ย ๐๐ย ๐น๐๐๐๐ย ๐๐๐๐ก๐๐๐ ย (CFP) kedua-dua negara sepanjang tahun 2022-2023 serta menandatanagan ๐๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ย ๐๐๐๐ย dan ๐ป๐๐๐โ๐กย ๐๐๐๐ย bagi sebahagian Sektor D - E dan Sektor E - F. Mesyuarat tersebut juga melaporkan kemajuan penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa antara Makaysia dan Brunei Darussalam serta aktiviti-aktiviti di lapangan sepanjang pertengahan 2022 dan tahun 2023. Semasa mesyuarat berkenaan kedua-dua CPD telah menandatangani ๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฆย ๐ต๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ ๐ /๐ต๐๐๐๐๐ย ๐ผ๐ทย bagi Pasukan Ukur Malaysia dan Brunei Darussalam.
CPD Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para delegasi (Malaysia & Brunei Darussalam) dan urusetia MBCPD-12 serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan MBCPD-12 serta pelaksanaan Program Ukur tahun 2022 dan 2023. Beliau berharap bantuan dan kerjasama untuk menjayakan Program Ukur diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan Program Ukur tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPTSarawak) JUPEM
Comments