Sekalung tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, atas pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) Sesi 2024/2025.
Pelantikan Presiden Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) bagi Sesi 2024/2025 telah diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan RISM ke-63 Sesi 2024/2025 bertempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2024.
Majlis ini disempurnakan dengan upacara pemakaian kalung kepada Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob yang turut disaksikan oleh ahli-ahli berdaftar yang terdiri daripada Bahagian-Bahagian bawah RISM. Semoga dengan pelantikan ini dapat memartabatkan profesion Juruukur dan memacu RISM di Malaysia serta di persada antarabangsa.
コメント