USAHA BANTERAS SALAH GUNA DADAH TIDAK BERHASIL TANPA ILTIZAM MEMPERKASAKAN BEBAS DADAH DALAM KALANGAN WARGA JUPEM | 2 JULAI 2024
Ujian saringan air kencing secara mengejut telah dilaksanakan oleh Unit Integriti JUPEM dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sentul, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2024 di Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung.
Kehadiran pegawai-pegawai daripada AADK telah disambut baik oleh Sr Mazlan bin Zainal, Penolong Pengarah Ukur, Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur bersama-sama pegawai di bawah seliaan beliau. Seramai 47 orang pegawai daripada pelbagai lapisan gred telah disaring dalam operasi yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal bin Awang, Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, AADK Daerah Sentul dengan bantuan enam (6) orang pegawai AADK yang lain.
Encik Ahmad Faizal bin Awang selaku Ketua Operasi turut memanfaatkan sesi ini dengan berkongsi maklumat dan pengalaman beliau mengendalikan kes-kes berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Bertepatan dengan slogan “Tak Payah, Tak Nak” yang dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi AADK, usaha ini seharusnya menjadi contoh kepada semua Bahagian dan JUPEM Negeri agar turut sama melaksanakan ujian pengesanan ke arah membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga JUPEM. Hal ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat, mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional sebagaimana intipati yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.4.
Sementara itu, Unit Integriti JUPEM ingin menegaskan bahawa kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952, tindakan tatatertib sehingga buang kerja boleh dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.
Sumber: Unit Integriti JUPEM
TAK NAK