top of page

UNGEGN-ASE WP4: Mengangkat Terma Generik Asia Tenggara

UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH-EAST DIVISION (UNGEGN-ASE): WP4 - GENERIC TERMS OF THE ASE REGION


United Nations Group of Experts on Geographical Names Asia South-East (UNGEGN-ASE): WP4 - Generic Terms of the ASE Region telah diadakan secara dalam talian pada 14 Januari 2025. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi UNGEGN-ASE, iaitu Puan Nor Zetty Akhtar binti Haji Abd. Hamid, Juruukur Agung dari Negara Brunei Darussalam.


Di bawah UNGEGN-ASE, terdapat empat (4) kategori dalam Division Work Plan (2022–2026). Salah satu daripadanya adalah Generic Terms of the Asia South-East Region. Dalam konteks nama geografi, generic terms merujuk kepada istilah umum dan deskriptif yang digunakan untuk mengenal pasti jenis atau kategori ciri geografi tanpa menyatakan nama khususnya.


Delegasi Malaysia bagi Perbincangan WP-4 Generic Terms
Delegasi Malaysia bagi Perbincangan WP-4 Generic Terms

Terdapat lapan (8) kategori generic terms, iaitu:


  • A - Hydrography

  • B - Topography

  • C - Administrative

  • D - Settlement

  • E - Transportation

  • F - Land Use

  • G - Man-Made

  • H - Cultural Heritage


Secara keseluruhannya, perbincangan ini telah dihadiri oleh enam (6) negara anggota iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Filipina, dan Singapura. Malaysia telah menyerahkan maklumat terkini kepada sekretariat Brunei dan turut mencadangkan ciri tambahan serta istilah generik untuk dimasukkan. Sewaktu perbincangan, tarikh perbincangan seterusnya telah dipersetujui secara tentatif pada Februari 2025.


Wakil Negara Anggota UNGEGN -ASE bagi Perbincangan WP-4 Generic Terms
Wakil Negara Anggota UNGEGN -ASE bagi Perbincangan WP-4 Generic Terms

Wakil Malaysia telah diketuai oleh Sr Lam Chee Siong, Ketua Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, serta dibantu oleh Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami, Sr Sarah binti Shaharuddin, Puan Noor Haslinda binti Mohamed Yusop, Puan Siti Norazin binti Mat Lazi, Cik Hazamy binti Mohd Suhaimi, dan Cik Syarifah Athirah binti Shaib Aliwi, dari Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) JUPEM.

 


Di sekitar perbincangan WP-4 Generic Terms


Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) JUPEM

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page