LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), KUALA LUMPUR KE BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL NEGARA (BPDGN), JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 29 FEBRUARI 2024
Sr Gs Sharifah Nurul Ain Binti Syed Mustapha, Pensyarah Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM bersama 18 orang pelajar Tahun 1, 2 dan 3 bagi Program Diploma Ukur Tanah, Jabatan Alam Bina dan Ukur, Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), Tingkat 7, Wisma JUPEM pada 29 Februari 2024. Kedatangan disambut oleh Sr Abdullah Tohhar bin Mat Yasin, Penolong Pengarah Ukur, Cawangan Pengurusan Portal MyGeoServe.
Tujuan lawatan akademik ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan peranan, fungsi dan kerja-kerja yang dilakukan di JUPEM terutamanya di Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara serta dapat menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang GIS. Pihak BPDGN telah memberikan taklimat ringkas pengenalan Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara iaitu fungsi utama, aktiviti dan hala tuju BPDGN
Dalam masa yang sama, peserta lawatan sempat melawat kawasan kerja di tingkat 7 BPDGN dan taklimat ringkas oleh pegawai mengenai tatacara penggunaan aplikasi Portal MyGeoServe yang dibangunkan oleh BPDGN untuk perkongsian data-data geospatial.
Comments